This entry was posted on Isnin, Januari 25th, 2021 at 4:52 am and is filed under Acara. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
25.01.2021 Paparan dalam Acara
Logo jenama InstaForex pertama kali dilihat pada jentera pasukan Dragon Racing adalah pada tahun 2015. Ini adalah kali pertama InstaForex menjalinkan kerjasama dengan para pelumba Amerika terkenal dan juara Formula E. Sepanjang tempoh kerjasama ini, ahli pasukan Dragon Racing berulang kali dinobatkan sebagai pemenang dan naib juara perlumbaan. Mari kita imbas kembali detik kejayaan Jerome d’Ambrosio di Berlin dan Mexico, serta prestasi mengagumkan yang lain!
Kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa InstaForex akan menyertai musim ke-7 Formula E bersama pasukan perlumbaan yang bercita-cita tinggi yang telah membuktikan berkali-kali bahawa kepantasan dan kebolehpercayaan adalah kunci menuju kejayaan dalam apa jua bidang.
Kami yakin bahawa gelaran pemenang bagi musim baru Formula E akan menjadi milik pasukan Dragon Racing! Kejuaraan Formula E 2020/2021 secara rasmi akan menjadi Kejuaraan Dunia FIA. Perlumbaan musim ini akan berlangsung di Santiago pada Januari 2021. Ini bermakna hanya tinggal beberapa minggu sebelum perlumbaan besar bermula.
Adakah anda tahu bahawa peserta Formula E bukan sahaja berusaha untuk mengembangkan teknologi terkini, tetapi juga menyokong persekitaran? Oleh itu, bermula dari musim 2021, jangka masa perlumbaan bagi setiap kumpulan kelayakan akan dikurangkan kepada empat minit berbanding enam minit pada sebelum ini. Dengan cara ini, pengurus acara berharap akan dapat mengurangkan kos dan kesan negatif terhadap alam sekitar. InstaForex berkongsi aspirasi Formula E dan Dragon Racing untuk memperluaskan dan mempromosikan teknologi terkini dengan menjaga alam sekitar.
Nilai bersama kami adalah asas untuk perkongsian lima tahun yang boleh dipercayai. Kami berharap Dragon Racing akan terus menempa kejayaan di masa hadapan, komited dengan cita-citanya, dan menjadi juara dalam Formula E musim ini!