28.11.2019 Paparan dalam Acara, Wawancara

Pasukan Loprais Instaforex akan menggunakan jenama baru Praga V4S DKR sebagai jentera perlumbaan untuk Rali Dakar edisi ke-42. Trak ini dilengkapi dengan sistem dan tuas teknologi moden termasuk kotak gear (gearbox) automatik, enjin baru dan semua komponen lain juga telah diperbaharui ke tahap yang baru.

44

“Bagi kami, ia seperti jenama kereta baru yang mempunyai pelbagai ciri menarik dan menyeronokkan. Kami mengekalkan aspek kerangka (chassis) tulang belakang yang diuji dengan tiub tengah, suspensi bebas dan brek drum, tetapi kotak gear (gearbox) automatik baru dan enjin baru memerlukan beberapa perubahan dalam sistem elektronik. Ia juga mengubah keseimbangan trak dan pusat graviti. Selain itu, turut juga menurunkan ketinggian dan meringankan struktur badan jentera, mengubah sistem penyejukan (cooling system) dan komponen kecil yang lain telah memberikan impak. Terdapat banyak perubahan yang pada dasarnya adalah sebuah trak baru,” kata Aleš Loprais menjelang perlumbaan Rali Dakar ke-42.

66

Praga V4S DKR menggunakan enjin Iveco, yang mempunyai kuasa hampir 1,000 bhp. Pasukan itu perlu memberi tumpuan bukan sahaja kepada spesifikasi teknikal, tetapi juga untuk daya tahan lasak.

“Kami mempunyai enjin yang sangat baik yang tidak melampaui had kuasa. Itu bukan sasaran kami. Satu-satunya perkara penting ialah tork (daya kilasan) dan bagaimana anda boleh menggunakannya. Memiliki jentera kurang berkuasa bermakna kurang haba pemanasan enjin, yang bermaksud daya tahan guna yang lebih baik dan kemungkinan kereta itu dapat bertahan lebih lama,” kata pemandu perlumbaan yang berusia 39 tahun itu.

55

Kelebihan: Gearbox Automatik dan Suspensi

Pasukan ini membuat ujian pertama pada awal bulan November dan keputusannya adalah positif. Ujian pemanduan pertama menunjukkan betapa besar kelebihannya ialah untuk memiliki kotak gear (gearbox) automatik dan suspensi yang telah diubahsuai.

“Saya mengharapkan banyak perubahan yang dilakukan dari penggunaan gearbox automatik dan, ianya sememangnya mengagumkan! Dan terdapat juga kejutan yang menyenangkan untuk melihat apa yang dapat kami perolehi dengan penggunaan suspensi yang diubah suai,” kata Loprais mengenai hasil kerja rakan sepasukannya.

“Kotak gear (gearbox) automatik berfungsi dengan sebaiknya. Buat pertama kalinya, saya benar-benar menikmati pemanduan dalam trak dan perkara yang perlu saya lakukan adalah menyesuaikan ‘pemanduan’. Dan kestabilan trak menjadikannya dalam komposisi lebih baik. Saya sangat suka bagaimana pengendalian dan kawalan trak ini. Ia tidak begitu mudah untuk memasang pada dua roda lagi.”

33

Disokong oleh Pasukan Jenama Terkenal

Pada masa kini, adalah mustahil untuk menubuhkan sebuah pasukan motorsport utama tanpa sokongan teknikal dan kewangan yang mantap. Adalah tidak dapat disangkal bahawa Pasukan Loprais Instaforex juga cuba mendapatkan sokongan juga tajaan jenama kilang pembuatan jentera yang betul, dinikmati oleh pasukan Dakar terbesar.

“Dalam perlumbaan Dakar, sesiapa yang ingin bergerak maju ke hadapan, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebahagian sokongan dari jenama pembuatan jentera terkenal. Selepas Dakar 2019, saya cuba menghubungi dan mendapatkan banyak kerjasama. Saya gembira kerana ia adalah Praga yang memberikan tawaran terbaik pada akhirnya. Kami berpegang teguh dengan jenama Czech yang telah wujud sejak tahun 1907 dan masih terdapat sesuatu yang ditawarkan. Jenama dan teknologi Praga telah digunapakai pada banyak projek menarik, dalam industri penerbangan atau kereta sport berkuasa tinggi. Kami mungkin tidak mempunyai barisan pengeluaran pemasangan khas di belakang kami, tetapi kami mempunyai teknologi tertentu yang kami tidak akan dapat memiliki sebaliknya. Dan siapa tahu, mungkin kita boleh bekerjasama malahan menjadi pengganti kepada legenda Praga V3S,” kata Loprais.

22

November yang padat

Pasukan Loprais Instaforex merancang untuk melakukan lebih banyak ujian pada minggu berikutnya di seluruh Eropah. Itu merupakan perubahan dari perancangan awal, di mana pasukan sepatutnya membandingkan teknologi lama dan baru di Semenanjung Arab.

“Saya benar-benar ingin menguji trak di pasir dan gurun pasir, kerana saya sedikit bimbang tentang kotak gear (gearbox). Walau bagaimanapun, setelah pengalaman positif dalam ujian pertama, kami telah memutuskan untuk mengubah strategi kami. Kami ingin memberi tumpuan kepada menyelesaikan semua masalah komponen kecil dalam bengkel, yang juga penting. Malah beberapa komponen pemegang/soket yang terkecil boleh menjadi masalah besar di perlumbaan Dakar, jadi kami memberi tumpuan kepada meningkatkan pengapit, bahagian komponen akhir, tiub, dan semua jenis bahagian pemasangan lain,” tambah Aleš Loprais.

11

Bertemu dengan pasukan

Peminat mempunyai peluang istimewa untuk bertemu dengan Pasukan Loprais Instaforex pada hari Jumaat, 29 November bertempat di ibu pejabat pasukan yang terletak di Frenštát pod Radhoštěm. Pada hari itu, bermula dari jam 14:00, akan berlangsung perjumpaan ahli pasukan tetapi tidak secara formal kerana pasukan itu akan bersedia dalam perjalanan ke Perancis untuk pemeriksaan teknikal dan pengelolaan.

Rali Dakar 2020 bermula pada hari Ahad, 5 Januari di Jeddah di Arab Saudi. Perlumbaan akan berakhir pada 17 Januari di pusat Al Qiddiya moden yang baru. Keseluruhan laluan perlumbaan meliputi jarak kira-kira 9,000 kilometer.

Pemanduan jentera Praga V4S DKR, Aleš Loprais akan disertai oleh seorang penunjuk arah Khalid Al-Kendi dari Emiriah Arab Bersatu dan mekanik Czech, Petr Pokora.