This entry was posted on Selasa, Ogos 17th, 2021 at 10:51 am and is filed under Acara. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
17.08.2021 Paparan dalam Acara
Salah seorang perenang paling menyerlah dengan pelbagai rekod pencapaian dunia (17 pingat dalam Kejuaraan Dunia, 3 pingat Olimpik, dan 16 pingat dalam Kejuaraan Eropah), Yuliya Efimova telah dipilih sebagai duta jenama baru kami. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menang, berkeyakinan diri, dan komited untuk melakar pencapaian cemerlang adalah kualiti yang menyatukan atlet terkenal ini dengan InstaForex. Inilah sebabnya mengapa kerjasama kami dengan Yuliya adalah sangat diharapkan – tepat pada masanya, luar biasa dan tidak diragui.
Yulia Efimova: dari kolam latihan ke pingat Olimpik
Duta jenama baru kami ini telah melakar karier sukannya di dua buah negara – Rusia dan Amerika Syarikat. Kali pertama beliau mencuba kemahiran berenang di kolam renang adalah di bandar kecil, Volgodonsk di bawah bimbingan ayahnya dan seorang pelatih pada masa yang sama. Selepas itu, beliau pergi ke Taganrog dan menjalani latihan dengan Irina Vyatchanina, yang dianggap telah membantu Yulia mencapai kejayaan pertamanya. Setelah Efimova dinobatkan sebagai juara Eropah dan perenang dunia, beliau berpindah ke California untuk mengasah kemahirannya di bawah bimbingan pelatih ternama, David Salo.
Yulia telah merekodkan kemenangan pertama pada tahun 2007, ketika beliau dinobatkan sebagai juara Eropah sebanyak tiga kali. Pada masa itu, beliau baru sahaja berusia 15 tahun! Kariernya berkembang dari baik kepada lebih baik. Perenang dunia ini menunjukkan kecenderungannya untuk memenangi pingat emas. Sejak itu, beliau berulang kali berdiri di podium Kejuaraan Eropah dan Dunia. Efimova memenangi pingat Olimpik pertamanya pada tahun 2012. Ketika itu, sukan Olimpik berlangsung di London, beliau menduduki tempat ketiga. Pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro pada tahun 2016, Yulia memenangi dua pingat perak sekaligus.
Pada tahun 2009, Yulia telah menempa sejarah dalam rekod perenang wanita di Rusia. Beliau telah menjadi perenang Rusia pertama yang memenangi pingat emas dalam pertandingan 50 meter gaya dada di Kejuaraan Dunia. Ini adalah satu kejayaan besar! Ini adalah kemenangan untuk individu yang bekerja keras dan berbakat, Yulia Efimova dan kemenangan di seluruh negara. “Kita mampu menjadi yang terbaik”, Yulia berkata. Dan beliau cukup meyakinkan! Nampaknya, kecantikan dan tenaganya telah membantu beliau untuk mendorong minat penduduk Rusia dalam sukan renang. Seluruh generasi peminat acara renang mengagumi pencapaiannya.
Jumlah peminat Yulia sangat mengagumkan. Beliau mempunyai lebih daripada 230,000 orang pengikut di Instagram. Dan lebih ramai lagi orang di seluruh dunia yang mengikuti hasil prestasi cemerlangnya dalam pertandingan.
Namun, pingat Olimpik bukanlah alasan untuk Yulia berpuas hati. Pada tahun 2019, beliau berjaya mengumpulkan satu set lengkap pingat emas, perak dan gangsa di Kejuaraan Dunia di Korea. Selain itu, beliau juga tampil cemerlang di Olimpik Tokyo 2021, setelah menduduki kedudukan lima teratas dalam pertandingan 100 meter gaya dada. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Yulia bakal menjuarai lebih banyak pertandingan di masa hadapan!
Kerjasama kami dengan Yulia Efimova
Yulia Efimova bukanlah satu-satunya atlet yang bertahan dengan status perenang terkenal. Beliau terbuka untuk menceburkan diri dalam aktiviti dan projek baru yang menjanjikan. Pada tahun 2021, Yulia tertarik dengan tawaran kami dan menjadi wakil rasmi InstaForex. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah berdagang atas talian sebelum ini. Namun, kepelbagaian perkhidmatan, pendekatan berorientasikan pelanggan dan penggunaan teknologi inovatif telah berjaya menarik minatnya. Kami dan Yulia berkongsi pendapat bahawa beliau dapat menyumbang kepada kejayaan syarikat dan pelanggan kami.
Mulai sekarang, Yulia Efimova akan menggabungkan kerjaya sukannya dan peranan sebagai duta jenama syarikat kami. Gabungan dua unit cemerlang pasti akan menghasilkan hasil berkualiti tinggi. Oleh itu, kami pasti akan menemui idea-idea baru, peraduan menarik dan kempen yang menguntungkan untuk pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi kami.
Menariknya lagi, kami sudah memiliki sesuatu yang hebat untuk dikongsi dengan para pelanggan kami! Sebagai permulaan, kami telah mengadakan sesi bergambar eksklusif bersama Yulia untuk InstaForex. Pada gambar-gambar tersebut, beliau dilihat sebagai ikon perenang yang melambangkan keinginannya untuk menang, kepercayaan diri dan tekad. Faktanya, duta jenama baru kami tentunya mempunyai kesemua kualiti ini.
Gambar kedua adalah penampilan malam yang elegan. Ini dikaitkan dengan kesejahteraan dan kestabilan yang merupakan ciri khas dari semua pelanggan kami.